fbpx

Naim Daniel turun mengundi macam pergi nikah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NAIM DANIEL

PETALING JAYA – “Segak! Macam pengantin”.

Demikian kata segelintir netizen tentang penampilan pelakon dan juga penyanyi Naim Daniel apabila tampil bergaya dengan busana baju Melayu putih ketika menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) hari ini.

Menerusi perkongsian dalam Instagram miliknya, Naim atau nama lengkapnya Muhammad Naim Daniel Baharin, 25, kelihatan segak apabila mengenakan baju Melayu berona putih lengkap dengan sampin dan bersongkok.

“Kita berkehendak supaya tanah air ini terselamat dan hanyalah boleh jika kita bersatu hati.

“Pilihlah walau berkali-kali, pilihlah walau pertama kali, pilihlah hingga selamat sejahteralah Malaysia di depan hari,” katanya sambil menunjukkan jari telunjuknya yang dicelup dakwat.

Perkongsian pelantun Purnama itu mendapat perhatian dan usikan bukan sahaja daripada peminat, bahkan juga rakan-rakan artis.

Rata-rata mengusik tentang penampilannya yang kelihatan seperti pengantin lelaki yang akan bernikah lebih-lebih lagi jarinya yang seakan-akan memakai inai.

“Nasib baik satu jari sahaja, bukan tiga jari (memakai inai),” usik penyanyi Sissy Iman.

“Dah boleh menikah dah tu. Segak sangat,” kata seorang netizen.

“Ingatkan pergi nikah tadi,” kata seorang lagi pengguna Instagram.

Berdasarkan keterangan dalam gambar, difahamkan Naim turun mengundi di Sekolah Kebangsaan Bandar Rinching, Semenyih, Selangor. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI