fbpx

Petugas KKM akan bantu pesakit Covid-19 di pusat mengundi -KJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin beramah mesra dengan pengundi ketika meninjau pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Seksyen 7, Kota Damansara, di sini.

SUNGAI BULOH – Bagi memudahkan urusan pesakit Covid-19 semasa mengundi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menempatkan dua petugas kesihatan di pusat pembuangan undi seluruh negara sempena Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar bagaimanapun berkata, bagi pusat mengundi yang jumlah pengundinya kecil, hanya seorang petugas kesihatan ditempatkan.

Katanya, sehingga kini masih tiada sebarang masalah berkaitan dengan prosedur pembuangan undi melibatkan pesakit Covid-19.

“Mereka memperkenalkan diri (sebagai) pesakit positif Covid-19 dan terus dibawa masuk untuk mengundi dan (kemudiannya) pulang, setakat ini semua berjalan lancar.

“Setiap pusat mengundi sekurang-kurangnya ada dua orang (petugas kesihatan) dan untuk tempat yang kecil ada seorang untuk membantu individu terbabit,” katanya yang juga calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Sungai Buloh.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa tinjauannya di pusat pembuangan undi, Sekolah Kebangsaan (SK) Seksyen 7, Kota Damansara, di sini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan tiada sebarang saluran khas diberikan KKM kepada pengundi yang disahkan positif Covid-19 temasuklah bekas dakwat untuk mencelup jari selepas membuang undi.

Jelas Khairy, keputusan itu dibuat selepas KKM dengan pihak berkaitan termasuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah melakukan pelbagai peringkat perbincangan mengenainya.

Menurutnya, pengundi postif Covid-19, wajib pakai pelitup muka dari keluar rumah sehingga selesai mengundi dan mestilah lapor kepada petugas KKM di pintu masuk pusat pengundian. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI