fbpx

Pujuk isteri sampai terbakar rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan rumah pasangan suami isteri yang terbakar di Flat Kepayan Rigde, malam semalam.

Oleh IVAN AMIRUL

KOTA KINABALU – Tindakan seorang lelaki cuba memujuk isterinya dengan membakar sekeping kertas sebelum menyelitkan di bawah pintu membawa padah apabila mengakibatkan kebakaran dalam kejadian di Flat Kepayan Rigde malam semalam.

Idea digunakan lelaki berumur 54 tahun itu turut menyebabkan isterinya melecur terkena api.

Dalam kejadian sekitar pukul 11 malam itu, mangsa berumur 48 tahun melecur dibahagian leher dan kini mendapatkan rawatan di Hospital Queen Elizabeth II (HQE II).

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, siasatan mendapati mangsa dan suaminya minum minuman keras bersama-sama di rumah berkenaan sejak jam 3 petang hari yang sama.

“Berlaku pertengkaran mulut antara mereka menyebabkan mangsa merajuk dan terus menguncikan diri di dalam bilik tidur rumah berkenaan.

“Suspek cuba memujuk mangsa untuk membuka pintu bilik namun isterinya tetap berkeras enggan membuka pintu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Suspek kemudiannya bertindak membakar sekeping kertas yang diselitkan di ruang bawah pintu bagi menakutkan mangsa supaya keluar dari bilik.

Mangsa difahamkan dalam masa sama meletakkan sehelai kain di ruangan pintu untuk menghalang suspek daripada memasukkan kertas yang dibakar ke dalam bilik.

“Bagaimanapun, tindakan mereka itu mengakibatkan berlaku kebakaran di bilik berkenaan sehingga menyebabkan kecederaan.

“Siasatan lanjut mendapati hanya mangsa dan suspek berada di rumah manakala anak mereka keluar bekerja sewaktu kejadian,” katanya.

Katanya suspek berjaya ditahan di tempat kejadian pada pukul 11.30 malam dan dibawa ke Balai Polis Tanjung Aru untuk tindakan lanjut

Habibi berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI