fbpx

PRU15: Zahidi minta pengundi Padang Besar keluar awal elak hujan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zahidi bertemu pengundi di pusat pengundian SK Lubuk Sireh dekat Padang Besar, hari ini.

PADANG BESAR – Penyandang Parlimen Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin meminta pengundi keluar mengundi awal kerana diramalkan hujan di kawasan itu pada sebelah petang.

Beliau yang merupakan calon bebas bagi Parlimen itu dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Titi Tinggi juga berharap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menambah baik sistem pengundian.

“Ini kerana saya mendengar rungutan pengundi terpaksa beratur terlalu lama untuk membuang undi di beberapa lokasi di Padang Besar,” katanya di sini hari ini.

Beliau dan isteri, Datin Nooraine Ahmad tiba di pusat pengundian Sekolah Kebangsaan Lubuk Sireh di sini pada pukul 10.39 pagi tadi.

Zahidi kemudian keluar dari kawasan sekolah bagi meninjau pusat pengundian lain dan dijangka membuang undi tengah hari ini di sekolah sama.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia itu bertanding atas tiket bebas bagi mempertahankan Parlimen Padang Besar.

Beliau berdepan Muhammad Saad@Yahya (PH); Datuk Zahida Zarik Khan (BN); Rusydan Rusmi (PN) dan Ko Chu Liang (Warisan).

Zahidi yang juga bekas Ketua UMNO Bahagian Padang Besar itu turut mencabar penyandang Dewan Undangan Negeri (DUN) Titi Tinggi, Teh Chai Ann bersama empat lagi pencabar, Khaw Hock Kong (Warisan); Teh Seng Chuan (PH); Izizam Ibrahim (PN) dan Mohd Shahril Md. Sarif (GTA) dalam pertembungan enam penjuru. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI