MUAR – Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin hari menitip ucapan takziah kepada keluarga calon PN kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman yang meninggal dunia awal pagi ini.
Muhyiddin yang juga calon PN Parlimen Pagoh berharap keluarga Allahyarham Md. Yunus Ramli terus tabah dan cekal dalam menghadapi dugaan itu.
“Ia berita yang amat menyedihkan. ‘I hope it will not deter people to coming out to vote whether it’s candidate death’ (saya berharap dengan berita kematian ini tidak menghalang orang ramai keluar mengundi).
“I wish the family our deepest condolences for the loss (saya mengucapkan salam takziah kepada keluarga arwah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Muhyiddin ditemui selepas selesai membuang undi bagi memilih Ahli Parlimen Muar pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di pusat pengundian Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Muar, di sini hari ini.
Turut hadir isterinya Puan Sri Norainee Abdul Rahman.
Terdahulu, Md. Yunus, 61, disahkan meninggal dunia di Hospital Rompin, Pahang pada 3.30 pagi ini, selepas dikejarkan ke hospital oleh ahli keluarganya dipercayai akibat serangan jantung.-KOSMO! ONLINE