SEREMBAN – Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain hari ini turut meninjau perjalanan proses pengundian Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di beberapa buah pusat pengundian di negeri ini.
Antara pusat mengundi yang dilawati beliau ialah di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Sin Hua, Rasah dekat sini.
Beliau yang tiba kira-kira pukul 10.10 pagi itu turut diiringi oleh, Ketua Polis Negeri Sembilan, Deputi Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd. Yussof.
Razarudin meluangkan masa kira-kira 20 minit di pusat pengundian tersebut yang mempunyai 10 saluran mengundi.
Beliau kemudian beredar dan seterusnya ke sebuah lagi pusat mengundi iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Semarak, Nilai, di sini. – KOSMO! ONLINE