fbpx

PRU15: Adly Zahari selesai buang undi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adly Zahari bersama isteri Dalilah selesai mengundi di Sekolah Kebangsaan Durian Tunggal, Alor Gajah, Melaka.

ALOR GAJAH – Calon Pakatan Harapan (PH) Parlimen Alor Gajah, Adly Zahari selesai membuang undi di Sekolah Kebangsaan Durian Tunggal, di sini, pada pukul 9.16 pagi.

Beliau yang juga Pengerusi PH Melaka tiba di tempat mengundi bersama isteri, Dalilah Awaludin pada pukul 9 pagi.

Adly yang hadir berpakaian kemeja putih bersama isteri berbaju kurung bewarna merah telah membuang undi di Saluran 3.

Beliau ketika ditemui pemberita memberitahu, pihaknya mengharapkan peratusan keluar mengundi akan mencecah 80 peratus.

“Dengan melihat perkembangan pagi ini di mana ramai yang tetap keluar mengundi meskipun cuaca renyai, saya yakin 80 peratus itu boleh dicapai.

“Saya lihat saluran generasi muda ini juga agak panjang seperti di saluran 4, ramai yang mengambil keputusan mengundi awal kerana tak pasti cuaca pada tengah hari dan petang,” katanya.

Kerusi Alor Gajah menyaksikan pertandingan empat penjuru membabitkan penyandang Mohd Redzuan Md. Yusof (PN), Shahril Sufian Hamdan (BN), dan Adly (PH) serta Pejuang yang mempertaruhkan Muhammad Nazriq. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI