fbpx

PRU15: Rosol selesai membuang undi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rosol (kanan) membuang undi di SK Bukit Diman, Hulu Terengganu hari ini.

HULU TERENGGANU – Calon Perikatan Nasional (PN) Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid  selesai mengundi di pusat pengundian, Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Diman di sini sebentar tadi.

Beliau yang ditemani isteri, Toh Puan Halipah Ahmad, 59, tiba di pusat pengundian pada pukul 7.50 pagi sebelum selesai membuang undi kira-kira 14 minit kemudian.

Rosol berkata, beliau meneruskan tradisi arwah ayahnya menjadi pengundi terawal di pusat mengundi pada setiap kali pilihan raya umum.

“Saya menjadi orang pertama membuang undi di SK Bukit Diman, Ajil ini sejak lima penggal lalu.

“Selain isteri, 12 adik beradik saya juga mengundi di pusat mengundi ini manakala, enam anak saya pula di SK Telaga,” katanya ketika ditemui selepas selesai membuang undi di sini hari ini.

Katanya, beliau menyerahkan nasibnya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kali inikepada Allah.

Pada PRU15, Rosol yang juga penyandang kerusi Parlimen Hulu Terengganu dicabar calon Barisan Nasional, Datuk Rozi Mamat, Alias Ismail( Pakatan Harapan) dan Mohd Khadri Abdullah (Parti Pejuang Tanah Air). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI