fbpx

PRU15: Ibu dalam pantang tunai tanggungjawab mengundi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siti Najuwa yang masih dalam pantang mendukung bayinya ketika membuang undi di SK Naka di Kuala Nerang, hari ini.

KUALA NERANG – Meskipun dalam keadaan berpantang, Siti Najuwa Md. Azmi, 32, tidak melepaskan peluang untuk menunaikan tanggungjawab mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Naka, dekat sini hari ini.

Siti Najuwa yang merupakan seorang guru tiba di sekolah tersebut kira-kira pukul 8.25 pagi dengan mendukung bayinya yang baru berusia 40 hari, Ammar Merican Muhammad Hamizi Merican.

Menurut Siti Najuwa, dia tetap membawa anaknya ketiganya itu kerana bayi tersebut menyusu badan sepenuhnya.

“Disebabkan itu walau ke mana pun, saya akan bawa Ammar termasuk untuk mengundi hari ini.

“Kami sekeluarga sebenarnya tinggal di Bayan Lepas, Pulau Pinang dan pulang ke Kampung Padang Kerasak untuk menunaikan tanggungjawab mengundi hari ini,” katanya.

Menurutnya, selepas ini dia akan pulang ke Bayan Lepas untuk membolehkan suami, Muhammad Hamizi Merican Abu Bakar Merican, 32, menunaikan tanggungjawab mengundi di sana pula.

Tambahnya, urusan untuknya mengundi turut dipermudahkan apabila petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memintanya untuk segera ke depan dengan turut diberi laluan oleh pengundi-pengundi lain.

“Saya bersyukur kerana dapat menunaikan tanggungjawab ini dan berterima kasih kepada semua pihak yang memberi kemudahan untuk saya berbuat demikian,” katanya yang mengajar di SK Permatang Damar Laut, Pulau Pinang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI