fbpx

PRU15: Pasangan kembar antara terawal mengundi di Tanjong Karang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nor Saffa Syawani (kanan),  Nurul Najwa (tengah) dan Nor Saffa Syazana menunjukkan jari tanda mengundi di SK Parit 4, Tanjong Karang, hari ini.

KUALA SELANGOR – Tiga beradik termasuk pasangan kembar antara pengundi terawal menunaikan tanggungjawab itu di Sekolah Kebangsaan (SK) Parit 4,  Tanjong Karang di sini, hari ini.

Mereka adalah Nor Saffa Syawani Mohd. Fauzi dan Nor Saffa Syazana berusia 26 tahun serta Nurul Najwa, 18, yang kali pertama membuang undi.

Menurut Nor Saffa yang juga suri rumah, dia sekeluarga beratur di pusat pengundian itu seawal pukul 8 pagi tadi.

“Kami semua berkumpul di kampung halaman di Kampung Tali Air Tiga sejak semalam untuk mengundi bersama.

“Alhamdulilah semuanya berjalan lancar dan saya mengharapkan pilihan kami tepat bagi kemakmuran Parlimen Tanjong Karang,” katanya ketika ditemui di luar perkarangan sekolah itu.

Sementara itu, Nurul Najwa yang juga lepasan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Burong mengakui debaran julung kali mengundi.

“Ia pengalaman amat bermakna bagi saya dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.

“Undian saya adalah kepada bakal wakil rakyat yang bertanggungjawab dan dapat menunaikan janji terutama kepada belia,” ujarnya. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI