fbpx

PRU15: 2,000 jentera BN sertai pecutan akhir Tanjong Karang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shahrizal (tengah) melepaskan konvoi jentera BN itu di Padang Astaka, Tanjong Karang, hari ini.

KUALA SELANGOR – Barisan Nasional (BN) Tanjong Karang melaksanakan pecutan akhir kempen menerusi konvoi bermotosikal disertai lebih 2,000 jentera parti itu hari ini.

Konvoi Jelajah Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) PO95 itu melibatkan kesemua kampung di sekitar parlimen berkenaan.

Ketua Pemuda BN Tanjong Karang, Datuk Shahrizal Sahri berkata, objektif utama program itu bertujuan membuktikan perpaduan dan sokongan kuat jentera parti menjelang hari pengundian esok.

“Jelajah ini merupakan acara tradisi BN yang diamalkan di kubu kuat setiap kali pilihan raya sejak sekian lama.

“Ia menunjukkan jentera kita terutama BN bersatu hati dan sudah bersiap siaga sepenuhnya bagi PRU15 ini,” katanya ketika ditemui selepas melepaskan konvoi itu di Padang Astaka, Tanjong Karang, di sini.

Jelajah bermula pukul 3 petang itu akan mengelilingi lebih 16 kampung dan berakhir pukul 7 malam ini.

Tambah Shahrizal, semua akar umbi jentera parti memberi sokongan sepenuhnya kepada calon BN, Datuk Habibah Mohd. Yusof.

“Kita amat yakin kemenangan pasti akan berpihak kepada BN sekali gus mempertahankan Tanjong Karang yang tidak pernah tewas,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI