WASHINGTON – Seorang lelaki di Amerika Syarikat (AS) menimbulkan kekecohan di media sosial kerana tiba di majlis perkahwinannya dengan menaiki sebuah keranda, lapor stesen penyiaran NDTV semalam.
Video itu dimuat naik oleh salah seorang tetamu majlis dalam akaun TikTok. Netizen menyelar tindakan lelaki itu kerana kelakuannya yang ‘tidak sopan’.
Rakaman kejadian memaparkan sebuah keranda sebenar dibawa melalui lorong oleh rakan-rakan pengantin lelaki ke pelamin. Dua gadis turut mengiringi perarakan itu dalam keadaan yang menakutkan.
“Adakah ini acara pengebumian? Tidak, ini adalah cara rakan saya pilih untuk berjalan ke pelamin,” demikian kapsyen pada video tersebut.
Tetamu majlis keliru apabila sebuah keranda tiba kerana percaya mayat seseorang mungkin berada di dalamnya.
Mereka terperanjat apabila mendapat pengganti lelaki membuka penutup keranda dan memanjat keluar. – Agensi