fbpx

Individu hina Iriana Jokowi, bandingkan dengan Wanita Pertama Korea Selatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Iriana (kanan) dan Kun-hee (kiri) bergambar ketika bertemu pada sidang negara-negara Kumpulan 20 (G20) di Pulau Bali baru-baru ini. – Biro Sekretariat Presiden

JAKARTA – Media sosial kecoh apabila seorang pengguna laman sosial memuat naik gambar beserta keterangan berunsur penghinaan terhadap Wanita Pertama Indonesia, Iriana Jokowi, lapor laman berita Suara.com hari ini.

Berdasarkan hantaran asal yang dikongsikan di laman Twitter semalam, akaun bernama @KoprifilJati atau lebih dikenali sebagai Kharisma Jati itu memuat naik gambar Iriana bersama Wanita Pertama Korea Selatan, Kim Kun-hee.

Dalam hantaran tersebut, pengguna berkenaan didakwa menghina Iriana dengan menulis dialog ‘gurauan’ yang dikatakan melampaui batas.

“Bi (bibik), tolong buatkan tetamu kita air minuman.”

“Baik, puan,” demikian menurut dialog tersebut sebagai merujuk panggilan ‘bibik’ kepada Iriana oleh Kun-hee.

Video itu menerima kecaman hebat dengan dua anak Presiden Joko Widodo (Jokowi) iaitu Gibran Rakamubing Raka dan Kaesang Pengarepturut turut menyatakan rasa tidak berpuas hati.

“Apa maksud kamu?” soal Kaesang.

“Pasti dia takut kerana membuat hantaran yang menghina Wanita Pertama,” kata seorang netizen.

Selepas menerima kecaman hebat, Kharisma Jati  memadam hantaran tersebut dan tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Jokowi, Iriana, seluruh ahli keluarga dan kakitangan mereka.

Bagaimanapun, individu berkenaan berkata, dia tidak akan meminta maaf kepada penyokong fanatik Jokowi dan menurutnya, dia sedia menerima sebarang hukuman sekiranya ada yang mahu mengambil tindakan atas hantarannya itu. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI