fbpx

Lelaki dakwa pihak hospital potong kakinya tanpa kebenaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MANGSA meminta bantuan Majlis Peguam Thailand selepas tuntutan mahkamahnya gagal. - Thaiger

BANGKOK – Seorang lelaki mendakwa bahawa kakinya dipotong oleh doktor tanpa kebenaran, menyebabkan dia meminta bantuan Majlis Peguam Thailand pada Rabu lalu selepas gagal dalam tuntutan mahkamah, lapor laman berita Thaiger semalam.

Lelaki itu berkata, dia pergi ke hospital terbabit untuk rawatan kerana mengalami luka di tapak kakinya. Dia menjalani beberapa pembedahan dan tinggal di hospital selama tujuh hari untuk tujuan pemantauan.

Bagaimanapun, keadaan pesakit bertambah teruk selepas seminggu dan dia diberikan surat kebenaran untuk ditandatangani yang bertajuk ‘pembaikan luka’ untuk menjalani lebih banyak pembedahan, jadi dia menandatanganinya.

Setelah tersedar selepas pembedahan, lelaki itu mendapati kaki kirinya telah dipotong pada paras lutut. Dia tidak menemui apa-apa kenyataan dalam surat itu yang menunjukkan tindakan sedemikian akan diambil.

Lelaki itu kemudian meminta untuk melihat kembali surat tersebut dan mendapati klausa tambahan yang didakwanya, ditambah tepat di bahagian bawah surat menyatakan untuk memotong kaki kirinya. Dia bersumpah kandungan itu tiada ketika dia menandatangani surat sama.

Pesakit itu memfailkan saman kerana tindakan hospital tersebut yang cuai, melulu dan kurang berhati-hati menyebabkan dia mengalami ‘kecacatan’ serius.

Mangsa memfailkan saman terhadap doktor yang memotong kakinya dan pengurusan hospital terbabit.

Polis menyerahkan keputusan siasatan kes kepada pendakwa raya yang kemudian memutuskan untuk tidak mendakwa mana-mana kakitangan hospital berkenaan. Kes itu gagal diteruskan sehingga mangsa mengambil keputusan mendapatkan bantuan Majlis Peguam Thailand. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI