KUALA LUMPUR- Ciapan berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPB) atau CMCO menjadi ikutan di laman sosial Twitter selepas perkara itu diumumkan kerajaan sebentar tadi.
Setakat pukul 5.30 petang semalam, status berkaitan PKPB mendapat ciapan hampir 42,000 kali oleh pengguna Twitter sekali gus menjadi ikutan nombor satu di Malaysia.
Rata-rata pengguna laman media sosial menzahirkan pelbagai pandangan dan persoalan berkaitan PKPB, malah ada yang turut berkongsi informasi berhubung pelaksanaan perintah terbabit.
Seorang pengguna Twitter, The Only Fatin menerusi ciapannya mendoakan agar setiap orang kekal selamat dan berharap mereka mampu menghadapi PKPD tersebut.
Pada masa sama, dia turut berkongsi informasi mengenai perbezaan PKPB, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Seorang lagi pengguna, SVT Semicolon Preorder turut berharap agar semua orang sentiasa menjaga diri dan kekal selamat sepanjang tempoh PKPD itu.
“Esok merupakan hari terakhir penghantaran dibuat sebelum PKPB dilaksanakan dan sambungannya akan dimaklumkan kelak,” tulisnya.
Selain PKPB, CMCO turut trending perkataan Putrajaya dan Selangor. – K! ONLINE