fbpx

Remaja patah kaki jatuh tingkat 6 bangunan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
beginilah keadaan Hou Doon yang masih menerima rawatan di HSM akibat patah kaki ketika melakukan kerja mengecat di Manjung.

LUMUT – Hasrat seorang remaja untuk mencari duit lebih ber­akhir tragedi apabila kedua-dua kakinya patah selain cedera pada belakang badan selepas terjatuh dari tingkat enam ketika mengecat sebuah bangunan komersial di sini baru-baru ini.

Ong Hou Doon, 16, yang tidak bersekolah ditimpa musibah tersebut Jumaat lalu ketika mengikut rakannya melakukan kerja itu di satu lokasi di sini.

Lebih runsing apabila dia memerlukan RM12,000 untuk menjalani pembedahan pada belakang badannya di Hospital Seri Manjung (HSM).

Bapa saudaranya, Ong Khing Pim, 51, berkata, sehingga kini remaja itu telah menjalani empat pembedahan pada kedua-dua belah kakinya.

“Selain itu, dia juga akan menjalani pembedahan pada belakang badannya yang akan dijalankan minggu depan dengan kos kira-kira RM12,000.

“Kos itu sangat tinggi kerana saya hanya bekerja sebagai mekanik. Mangsa dan abangnya yang berusia 17 tahun menetap dengan saya sejak kecil di Pantai Remis selepas bapanya meninggal dunia dan ibunya pulang ke Kemboja,” katanya pada sidang akhbar di sini.

Menurut Khing Pim, abang Hou Doon juga tidak bersekolah dan sedang mencari pekerjaan.

Menurutnya, pihak HSM meminta agar kos pembedahan itu dibayar terlebih dahulu sebelum ia dapat dilakukan dan beliau tidak mempunyai wang seba­nyak itu termasuk kos rawatan susulan meliputi fisioterapi yang tinggi.

“Saya harap ada pihak yang sudi membantu untuk meringankan beban bagi membolehkan anak saudara menjalani pembedahan,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu atau mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi adiknya, Ong Lai Siew di talian 016-555 8353.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI