fbpx

Piala Dunia: Fati mula tutup mulut pengkritik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FATI kembali menemui sentuhan gol bersama La Roja apabila meledak jaringan ketika membantu Sepanyol menewaskan Jordan awal pagi semalam. – AFP

AMMAN – Penyerang Sepanyol, Ansu Fati menutup mulut pengkritik apabila meledak satu gol ketika membantu pasukan menang 3-1 ke atas Jordan pada aksi pemanas badan Piala Dunia di Stadium Antarabangsa Amman awal pagi semalam.

Pemain berusia 20 tahun itu berjaya membalas kepercayaan yang ditunjukkan ketua jurulatih, Luis Enrique pada perlawanan tersebut meskipun sudah dua tahun dia tidak menjaringkan gol buat La Roja.

Enrique berkata, beliau sa­ngat gembira dengan aksi yang ditampilkan Fati, lebih-lebih lagi menerusi naluri pemusnah dimiliki pemain Barcelona itu apabila berada dalam kotak penalti pasukan lawan.

“Kemenangan ini merupakan berita gembira untuk kami sebelum turun pada perlawanan ­pertama di Piala Dunia nanti. Saya mengakui Fati memiliki ­sentuhan yang cukup berbisa ­ketika berdepan penjaga gol lawan.

“Selain itu, saya juga gembira dengan aksi yang ditampilkan Marco Asensio kerana dia berada satu tahap di atas pemain-pemain lain. Bermain di posisi No. 9, dia menjalankan tugas yang sangat baik,” katanya.

Selain Fati, Gavi dan Nico Williams turut mencetak nama sebagai penjaring pada perlawanan tersebut, manakala gol tunggal pasukan tuan rumah dijaringkan menerusi penyerang mereka, Hamza Al-Dardour.

Dalam pada itu, La Roja turut mengintai peluang untuk menggantikan pemain pertahanan, Jose Luis Gaya selepas dia ­me­­ng­alami kecederaan buku lali ketika menjalani sesi latihan pasukan Rabu lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI