fbpx

Piala Dunia: Brazil tidak mahu terbuai status

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BRAZIL menjadi antara calon yang mampu untuk merangkul kejuaraan pada edisi kali ini berdasarkan senarai pemain berkelas dunia yang mereka miliki. – AFP

DOHA – Skuad Brazil tidak boleh terlalu selesa dalam usaha menamatkan 20 tahun kemarau kejuaraan Piala Dunia menjelang saingan edisi 2022 yang akan membuka tirai rasmi di Qatar tengah malam esok.

Di atas kertas, skuad Selecao kendalian Tite ini memiliki barisan pemain terkuat dengan kehadiran ramai pemain berkelas dunia seperti Neymar dan Vini­cius Junior selain berjaya menjuarai trofi Copa America edisi 2019.

Pemain muda Brazil, Rodrygo percaya status pilihan utama yang diletakkan oleh peminat kali ini tidak memberi sebarang makna andai barisan pemain gagal memberikan prestasi yang diharapkan di atas padang nanti.

“Semua orang lihat pasukan Brazil memiliki kekuatan tersendiri pada kempen kali ini dan sudah pasti kami diletakkan antara pilihan untuk bergelar juara. Namun, saya harap situasi tersebut tidak memberi tekanan kepada pasukan untuk berikan yang terbaik di atas padang,” katanya.

Pandangan yang sama disua­rakan oleh pertahanan Brazil, Marquinhos yang mahu rakan-rakan sepasukan sentiasa merendah diri kerana itu adalah resepi kejayaan sebenar untuk bergelar juara pada kejohanan bola sepak paling berprestij itu nanti.

“Kami tidak boleh sentiasa berpuas hati dengan prestasi semasa kerana ada pasukan pencabar lain turut memiliki kualiti yang setanding dan saya percaya di atas padang, apa sahaja boleh berlaku khususnya pada kejohanan Piala Dunia,” katanya.

Skuad Brazil telah menjuarai trofi Piala Dunia sebanyak lima kali dengan kali terakhir melakukannya pada edisi 2002.
Jaguh Amerika Selatan ini telah diundi dalam Kumpulan G bersama Cameroon, Serbia dan Switzerland. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI