fbpx

Wani Kayrie, Irfan Haris teruja pertama kali buang undi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WANI KAYRIE dan Irfan Haris teruja bakal menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi buat pertama kali pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

PETALING JAYA – Penyanyi Wani Kayrie dan Irfan Haris meluahkan rasa teruja bakal menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi buat pertama kali pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), esok.

Irfan, 20, berkata, dia seorang yang berminat mengikuti perkembangan politik semasa dan sentiasa mengambil peduli apa yang berlaku kepada negara.

“Saya teruja untuk keluar mengundi buat pertama kali. Saya berharap rakan-rakan seusia saya akan jalankan tanggungjawab ini.

“Meskipun masih muda saya ambil tahu tentang perkembangan politik negara kerana bagi saya perkara itu penting untuk masa depan kita. Mana tahu saya juga terlibat dengan politik satu hari nanti,” ujarnya.

Dalam pada itu, Irfan yang bakal mengundi di Johor Bahru itu berkata, dia akan menggunakan laman sosialnya untuk mengajak pengikut keluar melaksanakan tanggungjawab tersebut.

Sementara itu, Wani Kayrie, 22, mengakui tidak sabar untuk keluar mengundi meskipun belum memutuskan calon pemimpin yang akan menjadi pilihannya.

Kata Wani, biarpun tidak terlalu mengikuti secara mendalam, namun dia tetap belajar dan mengambil tahu tentang calon-calon pemimpin yang bertanding.

“Sudah tentu teruja dan dalam masa sama gemuruh. Sebenarnya saya bukan jenis yang mengikuti secara mendalam.

“Saya lebih suka jadi seorang yang neutral. Cuma saya ambil tahu dan belajar tentang pemimpin-pemimpin muda dan apa manifesto mereka.

“Selain itu saya rasa seronok dengan kemeriahan dan bahang PRU15 ini sebab semua rakyat nampak teruja, ramai yang balik kampung untuk mengundi,” ujarnya yang bakal membuang undi di Petaling Jaya, Selangor. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI