fbpx

Tudung corak peta dunia, tiada peta Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tudung bercorak peta dunia keluaran jenama terkemuka tempatan didakwa tidak kelihatan peta Palestin.

PETALING JAYA – Seorang wanita sedih apabila tudung bercorak peta dunia dikatakan dibeli daripada jenama terkemuka tempatan, tidak kelihatan peta negara Palestin pada tudung tersebut.

Menerusi dua video dimuat naik pada TikTok, wanita itu menunjukkan tiada peta negara Palestin pada corak tudung selain tiada peta pada corak kotak tudung itu.

“Perkara pertama saya buat bila dapat ini (tudung), saya cari Palestin. Sedih, tiada. Kenapa tiada?

“Dekat tudung pun tiada Palestin. Memanglah tidak tulis Israel, tapi tiada Palestin. Serius,” katanya pada video dimuat naik semalam.

Dalam pada itu, video itu menerima maklum balas pelbagai daripada netizen yang memohon supaya pihak syarikat keluaran tudung mengambil berat isu tersebut.

“Rekaan baharu pun sama macam yang dahulu. Sepatutnya dari dahulu, mereka kena letak (peta Palestin),” katanya pengguna TikTok.

“Ironinya, dahulu (syarikat) buat tudung Palestin bagai,” ujar pengguna yang lain.

Difahamkan, harga tudung tersebut mencecah ratusan ringgit dan sudah habis terjual. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI