Oleh NOR IDAYU BOSRO dan MOHD. HUSNI MOHD. NOOR
PUTRAJAYA – Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dilaksanakan di seluruh negeri Sabah berkuat kuasa pukul 12.01 tengah malam ini sehingga 26 Oktober depan.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebelum ini beberapa daerah di Sabah telah dilaksanakan PKPB iaitu di Lahad Datu, Tawau, Kunak, Semporna, Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan.
“Beberapa lokaliti lagi telah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sebelum ini.
“Selain itu, Kawalan Rentas Daerah di seluruh negeri Sabah juga telah dikuatkuasakan sejak 3 Oktober lalu,” katanya pada sidang akhbar secara langsung di Facebook Live Kementerian Pertahanan hari ini. -K! ONLINE