PETALING JAYA – Hujan dilaporkan di beberapa tempat di sembilan negeri Semenanjung selain Sabah dan Sarawak pada pagi ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan, ia melibatkan di beberapa tempat di Terengganu selain satu dua tempat di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Pahang, Negeri Sembilan dan Johor.
“Hujan turut dilaporkan di Sabah (kudat, Pedalaman, Pantai Barat, Tawau dan Sandakan) selain Wilayah Persekutuan Labuan.
“Di Sarawak pula, hujan dilaporkan di beberapa tempat di Miri selain satu dua tempat di Kapit, Bintulu dan Limbang,” katanya dalam kenyataan pada laman web MetMalaysia hari ini. – KOSMO! ONLINE