fbpx

Tol Jalan Duta sesak, pengguna keluar ibu negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kesesakan di Plaza Tol Duta petang tadi

KUALA LUMPUR – Aliran trafik di Plaza Tol Jalan Duta dilaporkan semakin sesak ketika ini ekoran orang ramai mula keluar dari ibu kota sejak tengah hari tadi untuk pulang ke kampung masing-masing.

Pengumuman cuti kelepasan am bermula esok hingga Sabtu seperti mana yang telah diisytiharkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob lalu, menjadikan rakyat Malaysia mengambil peluang untuk pulang sehari dua lebih awal sebelum menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Sabtu ini.

Peta lalulan menunjukkan kesesakan di sekitar ibu negara.

Menerusi laporan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) di Facebook, kebanyakan lebuh raya utama di Malaysia mengalami kesesakan akibat pertambahan kenderaan temasuklah Lebuh Raya Utara-Selatan melibatkan kedua-dua arah serta Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan merancang perjalanan pulang ke kampung serta pastikan tahap kenderaan dalam keadaan baik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI