fbpx

PRU15: PH ada formula stabilkan negara – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar Ibrahim.

PETALING JAYA – Pakatan Harapan (PH) mempunyai formula untuk memastikan kerajaan yang stabil buat rakyat Malaysia pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pengerusinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, formula itu akan melaksanakan dasar-dasar untuk mengembalikan kegemilangan negara.

“Sebuah kerajaan itu akan menjadi stabil jika ia patuh pada perlembagaan. Sebuah kerajaan itu akan menjadi stabil jika pemimpinnya berkhidmat demi rakyat.

“Sebuah kerajaan itu akan menjadi stabil jika pemimpinnya punyai akhlak, menolak rasuah dan menjunjung kedaulatan undang-undang.

“Pemimpin kita (PH) telah membuktikan kejujuran dan integriti mereka,” katanya dalam perutusan khas sempena PRU15 hari ini.

Anwar berkata, selepas PH mengambil alih kerajaan pada 19 November ini, beliau tidak sesekali akan mengizinkan permusuhan dan kebencian sesama kaum.

Menurutnya, PH akan merangkul kerjasama semua kaum Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan Orang Asli untuk mencorak masa depan yang lebih sejahtera untuk negara.

Katanya, PRU15 bukan soal menukar Perdana Menteri, tetapi peluang menyelamatkan negara dan
melakukan perubahan menyeluruh.

Terdahulu, beliau menegaskan bahawa ketiadaan telur di pasaran antara bukti tantangan ekonomi dihadapi rakyat di bawah menjadi semakin sulit.

“Harga barangan asas terus meninggi dan menjadi beban kepada warga yang miskin dan melarat untuk menjamin kelangsungan hidup untuk keluarga dan anak-anak.

“Harga ayam melambung naik. Harga cili semakin mahal. Harga minyak masak semakin tidak masuk akal. Telur? Tak ada.

“Sekolah zaman hari ini tidak ada kualiti. Ramai tidak
mampu beli ubat-ubatan. Peniaga kecil menderita dan ramai hilang punca pendapatan,” dakwanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI