fbpx

Ingat kayu, rupanya ular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota APM Klang menunjukkan ular sawa yang berjaya ditangkap di lokasi pembinaan projek LRT3 di Lebuh Raya Persekutuan, Shah Alam, hari ini. -Foto ISKANDAR SHAH MOHAMED

Oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED

SHAH ALAM – Seorang pekerja binaan menempuh detik menakutkan apabila nyaris digigit ular sawa batik yang disangka kayu berdekatan Lebuhraya Persekutuan di sini, semalam.

Dalam kejadian pukul 11 pagi itu, mangsa, Johan Norman, 34, dan seorang rakan sekerja sedang menjalankan kerja pembersihan di lokasi pembinaan projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3).

Menurut Norman, dia kemudiannya ternampak satu longgokan kayu dan mahu membersihkan kawasan tersebut.

“Pada awalnya, saya menyangka hanya longgokan biasa dan menggunakan kayu untuk mengalihkannya.

“Namun, saya terkejut melihat objek bergerak iaitu ular sawa yang bertindak agresif dengan cuba menggigit tangan saya,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Tambahnya, dia bersyukur terselamat dan reptilia itu bukan jenis ular yang mematuk seperti senduk.

“Sebagai langkah keselamatan, saya berada jauh dari lokasi itu dan segera menghubungi talian kecemasan untuk tindakan lanjut.

“Saya dan rakan juga tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Sektor Operasi Angkatan Pertahanan Awam (APM) Klang, Leftenan (PA) Muhammad Najib Mohamad Isahak berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.24 pagi.

“Dua anggota kita berjaya menangkap ular sepanjang dua meter itu menggunakan alat penjerut dalam tempoh lima minit.

“Reptilia seberat tiga kilogram itu akan diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan lanjut,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI