fbpx

PRU15: Transformasi pendidikan berasaskan teknologi digital jika BN menang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD Zahid (kiri) berucap pada majlis pertemuan dengan warga pendidik Bagan Datuk di Simpang Empat, Hutan Melintang, hari ini.

BAGAN DATUK – Barisan Nasional (BN) akan menjadikan bidang pendidikan di negara ini berteknologi tinggi berasaskan teknologi digital jika kembali diberi mandat memerintah negara.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, berkata ia dilakukan menerusi beberapa transformasi dalam sistem pendidikan negara melibatkan peringkat persekolahan rendah dan menengah serta institut pengajian tinggi awam (IPTA).

“Untuk sekolah rendah dan menengah, dalam tempoh 18 bulan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), kita akan menukar buku teks kepada laptop (komputer riba) yang diberikan percuma kepada semua pelajar.

“Nanti, ada pula bertanya pelajar sahaja kah yang akan dapat? Sebenarnya, guru juga akan diberikan (komputer riba percuma),” katanya dalam perjumpaan bersama warga pendidik Bagan Datuk, di Simpang Empat, Hutan Melintang di sini, hari ini.

Menurut beliau, bagi memastikan sistem pembelajaran itu berjaya, semua sekolah di seluruh negara akan dilengkapkan dengan kemudahan data 5G.

Jelasnya lagi, bagi peringkat IPTA pula, mahasiswa akan menjalani kaedah pembelajaran secara bersemuka sebanyak 50 peratus manakala 50 peratus lagi pembelajaran secara virtual atau maya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI