fbpx

Dua stesen minyak di Pattani dibom

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH stesen minyak dibom di Pattani dalam serangan yang disyaki dilakukan kumpulan pemisah. -- THAIGER

BANGKOK – Dua stesen minyak di wilayah Pattani, selatan Thailand dibom, namun tiada korban atau mangsa yang parah, lapor laman berita Thaiger.

Polis percaya serangan dilakukan oleh anggota-anggota kumpulan pemisah sebagai membalas insiden pada 7 November lalu apabila polis membunuh seorang anggota pemisah yang mengebom sebuah stesen minyak di Pattani.

Pada pukul 8.30 malam Selasa lepas, anggota-anggota dari Balai Polis Mueang Pattani dimaklumkan tentang satu letupan di stesen minyak PTT dekat Terminal Bas Pattani.

Pasukan polis, unit pemusnah bom dan anggota bomba berkejar ke lokasi kejadian. Polis menutup lokasi serangan kerana pam minyak mengalami kebakaran dan mereka bimbang lebih banyak letupan mungkin berlaku.

Pasukan bomba mengambil masa 20 minit untuk mengawal api.

Seorang pekerja PPT memberitahu polis bahawa stesen minyak itu amat sibuk apabila dua penyerang menaiki sebuah motosikal muncul dan melepaskan 10 das tembakan ke udara.

Seorang penyerang kemudian mengeluarkan sebutir bom dan meletakkan pada muncung pam petrol. Bom itu meletup segera, mengakibatkan bunyi kuat tetapi nasib baik tiada sesiapa terbunuh atau cedera parah. 

Letupan itu menyebabkan empat pam minyak rosak di samping bumbung stesen, pejabat juruwang, manakala kaca di kedai serbaneka dan kedai kopi berdekatan pecah.

Rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) mendapati terdapat 30 orang di stesen minyak itu semasa letupan berlaku.

Sekitar waktu yang sama, dua anggota polis dari Balai Polis Yaring diberitahu bahawa berlaku leupan di sebuah stesen minyak PTT di sepanjang jalan sama di kawasan daerah Piyamu Mang. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI