IPOH – Aliran trafik di Lebuh Raya Utara-Selatan terus mencatatkan peningkatan jumlah kenderaan sejak tengah hari tadi dengan beberapa tempat dilaporkan sesak.
Menurut laporan PLUS di laman Twitter, antara kawasan di Perak yang sesak termasuklah ke arah utara dari Tapah ke Gopeng.
Katanya, laluan ke arah utara dari Tanjung Malim ke Behrang juga dilaporkan sesak sehingga lapan kilometer (km) kira-kira sejam yang lalu akibat kemalangan.
“Status terkini, lorong kanan masih terhalang. Trafik sesak 8km. Sila rancang perjalanan anda,” ciap PLUS hari ini. – KOSMO! ONLINE