fbpx

Bilangan sperma lelaki seluruh dunia berkurang hingga 50 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengurangan bilangan sperma kini menjadi krisis global. – Health News Today

LONDON – Penurunan berterusan dalam kuantiti sperma lelaki di seluruh dunia merupakan krisis yang memberi ancaman kepada kesinambungan umat manusia, demikian menurut amaran dikeluarkan dalam satu laporan baharu seperti dilaporkan akhbar Metro UK.

Analisis besar-besaran yang pertama seumpamanya itu menunjukkan berlakunya penurunan kuantiti sperma dalam kalangan lelaki di rantau Amerika Tengah dan Selatan, Benua Asia serta Afrika.

Menurut pasukan penyelidik, kuantiti sperma bukan sekadar indikasi kepada kesuburan manusia, bahkan ia adalah petunjuk kepada tahap kesihatan lelaki. 

Ini kerana kuantiti sperma yang berkurang dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit kronik, kanser testis dan jangka hayat lebih pendek.

Menurut penyelidik, pengurangan sperma  itu memberi bayangan kepada krisis global  berkaitan dengan alam sekitar dan gaya hidup moden, dengan implikasi besar-besaran bagi survival spesies manusia.

Analisis terbaharu berdasarkan data dari 53 buah negara itu diterbitkan dalam jurnal Human Reproduction Update, dengan melibatkan koleksi data tambahan selama  tujuh tahun (2011 hingga 2018).

Ia memberi fokus kepada pengiraan sperma dalam kalangan lelaki di benua yang belum pernah disemak sebelum ini terutamanya Amerika Selatan, Asia dan Afrika.

Hasilnya mendapati bahawa buat pertama kali, lelaki di rantau-rantau tersebut mengalami penurunan signifikan dalam jumlah kiraan sperma (TSC) dan konsentrasi sperma (SC) yang dilihat sebelum ini dalam kalangan lelaki di Amerika Utara, Eropah dan Australia.

“Secara keseluruhan, kami melihat penurunan signifikan dalam kuantiti sperma di seluruh dunia iaitu melebihi 50 peratus dalam tempoh 46 tahun. Pengurangan ini semakin pantas sejak  beberapa tahun kebelakangan ini,” kata ketua penyelidik, Profesor Hagai Levine.

Tambah Levine, kajian tersebut turut menunjukkan bahawa gangguan dalam perkembangan saluran pembiakan semasa hayat janin dikaitkan dengan kemerosotan kesuburan seumur hidup dan penanda lain bagi disfungsi pembiakan. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI