fbpx

Skuad Gergasi Merah belum selamat – Cheng Hoe

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CAION meraikan jaringan bersama rakan-rakan sepasukan ketika membantu Selangor FC menewaskan TFC 3-1 pada separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium MBPJ kelmarin. – FARIZ RUSADIO

PENGENDALI skuad Selangor FC, Tan Cheng Hoe enggan barisan pemain terlalu selesa selepas merekodkan kemenangan 3-1 ke atas Terengganu FC (TFC) pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia kerana ia bukan jaminan ke pentas final.

Menurut Cheng Hoe, kualiti yang ada pada Sang Penyu sukar dijangka dan tidak mustahil pa­sukan lawan boleh menunjukkan kebangkitan pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak Isnin depan.

“Sebagai jurulatih, saya masih lagi berpegang dengan prinsip tiada apa yang mustahil kerana saingan kekal berbaki 90 minit dan keputusan 3-1 bukan jaminan buat kita mara ke final.

“Namun, harus diakui keputusan yang diraih kali ini boleh dijadikan pemangkin semangat untuk kita bawa ke Terengganu meskipun harus diakui pasukan lawan memiliki kualiti yang tidak boleh dipertikai,” katanya selepas tamat perlawanan.

Pada aksi tersebut, skuad Gergasi Merah meraih gol menerusi jaringan Richmond Ankrah, Herlison Caion dan Sharul Nazeem Zulpakar, manakala pasukan pelawat meraih jaringan tunggal hasil ledakan Kipre Tchetche.

Cheng Hoe turut memuji kualiti hantaran yang dilakukan oleh Mukhairi Ajmal selepas tiga sepakan penjuru yang dilakukannya membuahkan jaringan selepas ditanduk oleh Ankrah, Caion dan Sharul.

“Saya rasa apa yang dipamerkan oleh pasukan sepanjang perlawanan cukup baik kerana bekerja keras daripada jentera serangan hingga pertahan untuk menghalang TFC beraksi seperti biasa.

“Tiga gol daripada sepakan sudut itu memberikan keyakinan lagi buat pasukan dan pujian wajar diberikan kepada Mukhairi kerana melakukan hantaran cukup tepat untuk disambar oleh pemain kita,” katanya.

Skuad Merah Kuning kini memburu trofi Piala Malaysia buat kali ke-34 selepas kali ter­akhir menang pada edisi 2015 dan berusaha untuk melangkah ke final buat kali pertama sejak musim 2016.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI