fbpx

Flick tenang Jerman hanya menang tipis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FLICK dilihat tidak peduli mengenai keputusan perlawanan pemanas badan meskipun ia bukan tahap permainan Jerman sebenar ketika menang tipis 1-0 ke atas Oman kelmarin. – AFP

MUSCAT, Oman – Peminat Jerman dilihat cemas dengan keputusan diraih pasukan Die Mannschaft selepas sekadar menang tipis 1-0 ketika berdepan Oman kelmarin.

Meskipun ia aksi pemanas badan menjelang Piala Dunia, namun skuad kendalian Hansi Flick itu terpaksa menunggu jaringan pada minit ke-80 untuk mencipta kemenangan.

Bagaimanapun, Flick dilihat tenang kerana sedar barisan pemainnya enggan mengambil risiko kecederaan sebelum bermulanya tugas sebenar nanti.

“Kami memilih untuk beraksi di sini untuk membiasakan diri dengan cuaca. Lagipun, kami hanya berlatih sehari.

“Segalanya berjalan dengan baik dan bagi pemain pula, perlawanan ini digunakan sebagai aksi pemanas badan, malah kami juga mencapai tujuan utama.

“Pemain juga tidak mahu mengambil risiko untuk menga­lami kecederaan dan mereka hanya bermain untuk mendapatkan rentak sebelum bermulanya misi sebenar di Qatar

“Jika anda melihat bagaimana kami mengendalikan perlawanan hari ini, ia bukan tahap yang kami mahukan pada Piala Dunia nanti,” kata Flick.

Jerman bakal membuka tirai kempen Piala Dunia menentang Jepun pada Rabu depan sebelum perlawanan Kumpulan E seterusnya berdepan Sepanyol dan Costa Rica. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI