fbpx

Vettel dilamar Aston Martin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VETTEL bakal digugurkan oleh Ferrari pada penghujung musim ini.

HUNGARY – Pemandu Ferrari, Sebastian Vettel difahamkan sedang melakukan perbincangan serius mengenai tawaran untuk menyertai pasukan Formula Satu (F1), Aston Martin pada tahun depan.
Menurut sumber, juara dunia F1 sebanyak empat kali itu dipercayai telah ditawarkan kontrak oleh pemilik pasukan Aston Martin, Lawrence Stroll yang sedia menjenamakan semula pasukan BWT Racing Point F1 bagi saingan musim depan.
Mengukuhkan lagi laporan tersebut, media Jerman iaitu Bild yang sering melaporkan perkembangan terkini Vettel turut menyatakan bahawa urusan antara bekas pemandu Red Bull bersama Aston Martin bakal dipersetujui dalam tempoh terdekat.

VETTEL

Bagaimanapun, pasukan berpangkalan di Silverstone, England itu sudah mempunyai pemandu Sergio Perez yang memiliki beberapa tahun kontrak manakala seorang lagi pemandu ialah anak Lawrence Stroll iaitu Lance yang sudah pasti kedudukannya selamat.
Sejak Vettel bakal bebas daripada sebarang kontrak selepas digugurkan oleh Ferrari pada penghujung musim ini, Principal BWT Racing Point F1, Otmar Szafnauer berterusan menafikan bahawa pasukan itu mempunyai kekosongan untuk Vettel.
Ditanya mengenai situasi kontrak pemandu baru-baru ini, Szafnauer memberitahu, ia sesuatu yang menggembirakan semua orang apabila memikirkan juara dunia F1 empat kali akan menyertai pasukan ini, mungkin disebabkan jentera BWT Racing Point F1 semakin laju.
“Kamu mungkin benar, namun kami mempunyai kontrak panjang dengan kedua-dua pemandu sedia ada, jadi tidak masuk akal kami ada kekosongan ketika ini,” jelasnya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN