fbpx

PRU15: Kenderaan bertali arus masuk Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan jalan raya untuk masuk ke bandar Gua Musang sesak dengan kenderaan sebentar tadi. FOTO AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Kenderaan dilihat mula bersesak memasuki negeri ini berikutan kepulangan perantau untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Sabtu ini.

Tinjauan Kosmo! di Jalan Kuala Lipis-Gua Musang dan Gua Musang-Kuala Krai di sini mendapati, kedua-dua jalan itu mula sesak dengan kenderaan sejak pagi tadi dan dijangka keadaan itu semakin bertambah sehingga malam esok.

Seorang penjawat awam, Adila Ahmad Awang, 40, berkata, dia yang menetap di Seri Kembangan, Selangor mengambil cuti awal sehari untuk pulang mengundi di kampungnya di Rantau Panjang.

“Saya bertolak awal pagi tadi selepas subuh untuk mengelak kesesakan lalu lintas. Tetapi, saya tetap berdepan dengan kesesakan semasa memasuki bandar Raub dan Gua Musang.

“Ada beberapa lokasi di Kampung Gali, Pahang juga berlaku kesesakan apabila berlaku banjir kilat, namun jalan itu masih boleh dilalui oleh semua kenderaan,” katanya.

Adila berkata, dia menggunakan jalan alternatif melalui Gua Musang-Jeli seterusnya ke Dabong, Kuala Krai – Rantau Panjang bagi mengelak kesesakan lalu lintas.

Sementara itu, Hafizee A. Hamid, 45, dari Kota Damansara, Selangor berkata, dia sempat berhenti rehat di Hentian Gua Musang sebelum menuju ke kampung isteri di Kampung Labok, Machang dan kampung halamannya di Kubang Kerian, Kota Bharu

“Tadi ada dua tempat yang berlaku kesesakan di Pahang iaitu di bandar Raub dan Ulu Dong. Di kawasan Sungai Pasu juga trafik perlahan apabila berlaku limpahan air banjir di atas jalan raya.

“Saya tersangkut dekat Raub selama sejam dan perjalanan ke Gua Musang mengambil masa selama lima jam,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI