PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat waspada bagi negeri Sarawak sehingga esok.
MetMalaysia menerusi kenyataannya berkata, keadaan hujan berterusan itu dijangka melibatkan Kapit (Belaga), Miri (Beluru, Telang Usan, Miri dan Marudi) dan Limbang.
Sehubungan itu orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa peka dengan keadaan cuaca semasa dan merujuk laman web rasmi MetMalaysia untuk maklumat terkini. – KOSMO! ONLINE