fbpx

Serangan panik, ‘anxiety’, Mia Sara dikejarkan ke 2 buah hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SELEPAS lapan jam pemantauan, Mia Sara dibenarkan keluar dari hospital semalam dan kini sedang berehat di rumah.

PETALING JAYA – Pelakon remaja, Mia Sara Nasuha dikejarkan ke dua buah hospital petang semalam akibat ketidakselesaan pada dada dan mengalami nafas pendek.

Keadaan tersebut berlaku kepada Mia atau nama sebenarnya Mia Sara Nasuha Muhammad Ridhuan, 17, disebabkan dia mengalami serangan panik yang teruk dan anxiety (kebimbangan) melampau.

Bagaimanapun pengurusnya memaklumkan, pelakon Strawberi & Karipap itu sudah pun dibenarkan keluar hospital semalam selepas lapan jam pemantauan.

“Sekarang dia sedang berehat di rumah. Bagi pihak keluarga Mia, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih atas semua doa kalian,” tulisnya dalam Instagram Mia semalam.

Dalam pada itu, Mia menerusi perkongsian Instagram keduanya beberapa jam lalu mendedahkan, punca lain dia dimasukkan ke hospital disebabkan mengalami sakit dada ketika bernafas selama tiga hari.

“Alhamdulillah saya semakin baik. Saya cuma didiagnos dengan anxiety dan serangan panik yang teruk.

“Juga mengalami sakit dada selama tiga hari semasa bernafas. Tetapi sekarang saya semakin pulih. Terima kasih semua untuk doa dan nasihat,” tulis Mia.

Perkongsian Mia tentang perkembangan terkini keadaannya melegakan ramai peminat.

Rata-ratanya mendoakan agar pelakon itu segera pulih dan menjaga kesihatan dengan baik selepas ini.

“Kami mendoakan awak Mia. Semoga cepat sembuh,” komen seorang peminatnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI