fbpx

Ecolite melancarkan produk baharu Ecolite Waist Tonic

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ECOLITE melancarkan produk baharu Ecolite Waist Tonic yang melegakan sakit belakang dan keletihan

KUALA LUMPUR – Ecolite telah melancarkan formulasi baharu Ecolite Waist Tonic, yang menggunakan herba tradisional yang digabungkan dengan bahan aktif berpaten Physta® Tongkat Ali. 

Ecolite Waist Tonic membantu melancarkan peredaran darah, melegakan kesakitan dan keletihan di bahagian belakang serta pinggang. 

Selebriti tempatan yang terkenal, Norman Hakim telah dipilih untuk menjadi duta jenama bagi produk ini.

Ditubuhkan pada tahun 1996, Ecolite ialah jenama produk penjagaan kesihatan yang dipercayai dan mengutamakan kesihatan serta mempunyai sejarah melebihi 20 tahun di Malaysia. 

Ecolite mempunyai misi untuk membantu memulihkan kesihatan orang ramai dengan menghasilkan produk berkhasiat. 

Bermula daripada bahan mentah semula jadi, yang diformulasikan dengan gabungan ilmu tradisi Cina serta teknologi sains moden, Ecolite akan melancarkan pelbagai kemudahan produk kesihatan, memastikan produk dengan kemudahan, berkualiti dan bermanfaat untuk orang ramai mengamalkan gaya hidup yang sihat dan berkualiti.

Ecolite bertujuan untuk menjadi produk kesihatan yang bereputasi dan dipercayai.

Kilang Ecolite berlokasi di Batu Pahat, Johor, Malaysia dengan tanah seluas lima ekar. 

PENGARAH Urusan Kumpulan Sunzen Biotech Berhad, Teo Yek Ming (dua dari kiri) dan Duta Produk Ecolite, Norman Hakim (dua dari kanan) bergambar bersama.

Ecolite dilengkapi dengan pusat penyelidikan dan pembangunan, peralatan canggih dan kawalan berkualiti. 

Selain itu, Ecolite Mematuhi piawaian pensijilan GMP, HACCP, MeSTI, VHM dan Halal. 

Ecolite memberikan keyakinan kepada pengguna dari segi keselamatan makanan. 

Produk Ecolite diperiksa secara teliti untuk memastikan pematuhan piawaian pensijilan. 

Di samping itu, hanya sumber bahan mentah Ecolite dibekalkan daripada pembekal yang terpilih. 

Ecolite telah melancarkan pelbagai produk dipasaran yang telah dikenali oleh pengguna seperti minuman kolagen sarang burung, Pu Yao Jing, pati ayam, Pi Pa Gao, pil Pai Fong Wang dan suplemen yang lain.

Dalam pada itu, statistik menunjukkan 70 peratus orang dewasa mengalami sakit belakang sekurang-kurangnya sekali dalam hidup mereka. 

Secara amnya, kebarangkalian berlaku di mana-mana populasi boleh mencapai purata setinggi 37 peratus. 

Di Malaysia, dianggarkan 3.8 juta iaitu kira-kira 12 peratus penduduk mengalami sakit belakang. 

Namun, kebiasaannya adalah lebih tinggi dalam kalangan kumpulan berisiko tinggi. 

PENGARAH Pemasaran dan Jualan Ecolite, Steve Lim (kiri), Duta Produk Ecolite, Norman Hakim (tengah) dan Pegawai Bertanggungjawab Penyelidikan dan Pembangunan Ecolite, Dr Goh Kok Ming (kanan) berkongsi tentang keberkesanan produk semasa sesi soal jawab.

Tinjauan baru-baru ini mendapati bahawa statistik ini telah meningkat kerana gaya hidup populasi telah berubah disebabkan oleh dasar kerja dari rumah kerana pandemik Covid-19 dan kesan sosial pasca Covid-19. 

Kesannya, dipercayai bahawa lebih separuh daripada populasi  kini mungkin mengalami sakit pinggang di bahagian belakang.

Oleh itu, Ecolite melancarkan produk Ecolite Waist Tonic, yang menggunakan herba tradisional dan Tongkat Ali Physta® sebagai bahan aktif untuk melancarkan peredaran darah, melegakan sakit belakang dan keletihan. 

Produk ini boleh diambil setiap hari untuk meningkatkan tenaga serta kesihatan secara menyeluruh. 

Pembungkusan paket ringkas menjadi pilihan utama dan boleh digunakan pada bila-bila masa tidak kira sama ada bekerja ataupun melancong. 

Kelebihan Ecolite Waist Tonic termasuk penambahan ekstrak Physta® Tongkat Ali yang dipatenkan. 

Selain mengekalkan kesan memulihkan sakit pinggang, tongkat ali juga dapat membantu memulihkan kekuatan fizikal lelaki dan meningkatkan kecergasan. 

Physta® ialah ekstrak tongkat ali yang mengikuti piawaian serta telah dibuktikan melalui 15 kajian klinikal dan 9 kajian toksikologi bagi menentukan dos yang selamat. 

Ekstrak ini telah terbukti keberkesanannya meningkatkan kualiti hidup, tahap hormon, kesuburan, kecergasan dan kesihatan secara menyeluruh.

DUTA Produk Ecolite, Norman Hakim yang juga pelakon berkongsi pengalaman mengambil Ecolite Waist Tonic.

Pengarah Urusan Kumpulan Sunzen Biotech Berhad, Teo Yek Ming berkata, dia optimistik dengan perkembangan syarikat Ecolite. 

Menurutnya, produk seperti sarang burung, minuman kesihatan, pati tonik adalah produk yang berkait rapat dengan penjagaan kesihatan manusia. 

“Kami telah melaburkan ke kilang yang baru dan moden untuk menyumbang kepada kemajuan besar dalam perniagaan Kumpulan Sunzen. 

“Kami juga merancang untuk membuka kedai khas untuk makanan kesihatan berjenama sendiri di pusat beli-belah terkemuka di seluruh negara dalam tempoh dua tahun akan datang,” katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Pemasaran dan Jualan Ecolite, Steve Lim, menjelaskan pada majlis pelancaran produk itu bahawa Ecolite berhasrat untuk mengeluarkan produk berkhasiat dan semula jadi agar orang ramai dapat meningkatkan tahap kesihatan dan menikmati kehidupan yang seimbang dan harmoni. 

Menurutnya, sehingga hari ini, hasrat ini tidak pernah berubah. 

“Ecolite berharap dapat berkongsi keberkesanan produk kesihatan syarikat itu dengan orang ramai melalui kedai fizikal dan kedai atas talian dan pada masa yang sama melalui pengedar luar negara terus kepada seluruh pelusuk dunia. 

“Pada masa hadapan, pembangunan produk kami akan menumpukan pada produk berkhasiat dan fokus mengikut kumpulan pengguna seperti lelaki dan wanita, dewasa dan kanak-kanak,” jelasnya.

Dalam pada itu, duta jenama Ecolite, Norman Hakim berkata, dia berbesar hati untuk menjadi duta bagi produk Ecolite Waist Tonic. 

Katanya, sebagai selebriti, kerjanya memerlukan beliau untuk bekerja dalam masa yang panjang dan waktu yang tidak boleh dijangka. 

Apabila pulang ke rumah, beliau memainkan peranan sebagai bapa dan suami. 

Sebelum mengamalkan Ecolite Waist Tonic, dia sering mengalami sakit belakang, sakit pinggang dan lutut dan keadaan ini telah memberi kesan kepada kehidupan sehariannya. 

“Saya menerima untuk menjadi duta jenama produk ini kerana saya telah mengambil tonik ini untuk masa yang lama. 

Bukan sahaja sakit pinggang dan lutut saya bertambah baik, malahan tenaga keseluruhan saya juga meningkat dengan ketara,” jelasnya.

Tambahnya, kini dia  membawa Ecolite Waist Tonic dengannya setiap hari dan turut mengesyorkannya kepada saudara-mara dan rakan-rakan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI