fbpx

PRU15: Pengundi positif Covid-19 celup jari bekas sama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SUNGAI BULOH – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memaklumkan tiada sebarang saluran khas diberikan kepada pengundi yang disahkan positif Covid-19 temasuklah bekas dakwat untuk mencelup jari selepas membuang undi.

Katanya, keputusan itu dibuat selepas Kementerian Kesihatan (KKM) dengan pihak berkaitan termasuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah melakukan pelbagai peringkat perbincangan mengenainya.

“Pesakit Covid-19 yang disahkan positif boleh turun mengundi.

“Mereka apabila dikesan positif dan laporan masuk ke MySejahtera, mereka akan diberi SMS dan link pautan untuk garis panduan cara-cara untuk datang mengundi

“Pengundi postif Covid-19, wajib pakai pelitup muka dari keluar rumah sehingga selesai mengundi dan mestilah lapor kepada petugas KKM di pintu masuk pusat pengundian,” katanya semasa sidang akhbar berhubung status terkini Covid-19 di sini, hari ini.

Katanya lagi, pengundi positif Covid-19 alan diiring petugas KKM sepanjang berada di pusat mengundi.

“Tiada saluran khas, tetapi pesakit positif akan diiringi petugas KKM sehingga pintu masuk bilik mengundi. Kita tidak mahu mereka beratur dan menunggu bersama pengundi lain (negatif Covid-19).

“Mereka juga akan menggunakan bekas dakwat yang sama untuk mencelup jari selepas selesai buang undi, dan sebelum itu, mereka perlu menggunakan pembersih tangan atau hand sanitizer.

“Langkah ini dilihat paling selamat untuk mereka buang undi,” ujarnya.

Pada masa sama, Khairy Jamaluddin meminta semua pengundi untuk memakai pelitup muka ketika berada di pusat mengundi bagi mengekang penularan jangkitan Covid-19.

“Pengundi positif wajib pakai pelitup muka, pengundi lain amat digalakkan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI