fbpx

Juruelektrik didenda RM4,500 cantas bendera parti politik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Burhanuddin mengaku bersalah mencantas bendera parti politik di Mahkamah Majistret Alor Setar, hari ini.

ALOR SETAR – Seorang juruelektrik didenda RM4,500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas kesalahan mencantas kira-kira 50 batang bendera sebuah parti politik di Pendang, dekat sini pada Isnin lalu.

Majistret Muhammad Zul Hilmi Latif menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Burhanuddin Hussain, 41, mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut.

Muhammad Zul Hilmi turut mengarahkan tertuduh menjalani hukuman penjara selama 12 bulan sekiranya tidak membayar denda dikenakan.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa dengan niat melakukan khianat iaitu mencantas kira-kira 50 batang bendera sebuah parti politik yang menyebabkan kerugian RM1,600.

Perbuatan itu dilakukan di tepi Jalan Kampung Alor Parit, Jalan Bukit Raya di Pendang antara pukul 10 pagi hingga 11.30 pagi.

Pertuduhan terhadapnya dilakukan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI