fbpx

UPSI, RAC jalin kerjasama wujudkan Little Free Library

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Marzita (dua dari kiri) menyerahkan binaan Little Free Library kepada Ketua Pegawai Eksekutif RAC, Adam Abu Hanipah (tengah) di Perpustakaan Digital UPSI, Kampus Sultan Azlan Shah, Tanjung Malim baru-baru ini.

TANJUNG MALIM – Perpustakaan Tuanku Bainun Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menjalin kerjasama dengan Perbadanan Aset Keretapi (RAC) bagi menempatkan Little Free Library iaitu perpustakaan kecil di lima buah stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) di sekitar Perak.

Timbalan Naib Canselor UPSI (Akademik dan Antarabangsa) UPSI, Profesor Dr. Marzita Puteh berkata, kerjasama itu adalah bermatlamat untuk menyuburkan amalan budaya membaca dalam kalangan masyarakat.

Katanya, lima buah stesen kereta api yang akan menjadi rintis kepada inisiatif pusat pengajian tersebut ialah Stesen Kereta Api Tanjong Malim, Kampar, Ipoh, Kuala Kangsar dan Taiping.

“UPSI kini merupakan sebahagian daripada projek komuniti antarabangsa iaitu littlefreelibrary.org, salah sebuah organisasi tidak berasaskan keuntungan di Amerika Syarikat yang mengamalkan konsep berkongsi bahan bacaan melalui binaan struktur rak pondok di tempat tumpuan orang awam.

“Binaan Little Free Library UPSI yang seakan-akan rak buku tetapi kecil dan comel mampu menempatkan lebih kurang 30 buah buku pada satu-satu masa,” katanya di sini baru-baru ini.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan aluan pada Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman dengan RAC di Perpustakaan Digital UPSI, Kampus Sultan Azlan Shah di sini baru-baru ini.

Pada masa sama, Marzita berkata, idea untuk mewujudkan Little Free Library di daerah Muallim timbul apabila UPSI mendapati belum ada lagi konsep itu diperkenalkan dan dikelolakan oleh institusi pengajian tinggi di Perak.

“Menerusi pendekatan ‘Ambil buku, kongsi buku’, Little Free Library boleh diakses pada bila-bila masa oleh sesiapa sahaja untuk meminjam buku dari rak tersebut tanpa sebarang bayaran keahlian. Mereka juga tidak akan dikenakan denda jika lewat menghantar semula buku yang dipinjam,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI