PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat dan ribut petir di lapan negeri sehingga pukul 10 pagi ini.
MetMalaysia menerusi kenyataannya berkata ia melibatkan keseluruhan kawasan di Melaka dan beberapa di Terengganu, Pahang dan Selangor.
“Di Terengganu hujan lebat diramalkan meliputi Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Marang.
“Cuaca sama juga dijangka berlaku di Pahang (Rompin) manakala di Selangor hanya di Kuala Langat dan Sepang,” katanya.
Amaran sama turut dikeluarkan di Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.
“Di Negeri Sembilan melibatkan Seremban, Port Dickson dan Rembau sementara di Johor cuaca buruk berlaku di Tangkak, Muar, Batu Pahat, Mersing dan Kota Tinggi.
“Selain itu di Sarawak membabitkan Kuching (Lundu dan Kuching) manakala Sabah di Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat,” katanya.
MetMalaysia sebelum ini turut meramalkan cuaca signifikan bermula hari ini sehingga Sabtu (19 November) ini dan tertumpu pada sebelah petang hingga malam sepanjang tempoh ramalan.
Keadaan ini boleh menyebabkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang berlaku di kawasan pedalaman dan barat Semenanjung termasuk Sabah dan Sarawak. – KOSMO! ONLINE