PETALING JAYA – Aliran trafik di Lebuh Raya Kuala Lumpur – Karak ke arah timur sesak malam ini susulan Terowong Genting Sempah ditutup untuk kerja penyenggaraan.
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menerusi ciapan Twitter memaklumkan, susulan itu pengguna yang terlibat menggunakan laluan kontra di dalam terowong arah barat.
“Trafik sesak 3.5 kilometer sebelum masuk terowong arah timur.
“Hati-hati memandu dan patuhi arahan papan tanda,” katanya.
Terdahulu, tular di media sosial Facebook keadaan trafik sesak di lebuh raya tersebut, dikatakan pengundi mahu pulang ke kampung untuk mengundi pada Sabtu ini. – KOSMO! ONLINE