fbpx

Amaran cuaca buruk di beberapa negeri Semenanjung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri Semenanjung sehingga pukul 1 pagi ini.

MetMalaysia menerusi satu kenyataan di laman sesawangnya berkata, di utara, negeri Perlis dan Kedah (Kubang Pasu, Padang Terap, Sik dan Baling) sahaja akan berdepan dengan cuaca buruk ini.

“Di Perak, kawasan yang diramalkan ribut petir dan hujan lebat adalah Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

“Kawasan di Pantai Timur yang dijangka menghadapi situasi yang sama pula ialah Kelantan (Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah dan Gua Musang), Terengganu (Dungun dan Kemaman) dan Pahang,” katanya.

Tambah MetMalaysia, ribut petir dan hujan lebat turut diramal di Selangor (Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat).

“Di Negeri Sembilan kawasan yang diramal berdepan dengan cuaca buruk ini juga adalah Jelebu, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin) manakala Johor adalah Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI