fbpx

Mangsa lemas di Sungai Klang belum ditemui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Operasi pencarian mangsa lemas di Sungai Klang berhampiran Stesen Monorel Tun Sambanthan, petang tadi.

KUALA LUMPUR – Pihak bomba masih mengesan seorang mangsa lemas di Sungai Klang berhampiran Stesen Monorel Tun Sambanthan, di sini petang tadi.

Komander Operasi, Penolong Kanan Penguasa Bomba Zainasrie Zainal berkata, pihaknya menerima laporan kejadian sekitar pukul 2.48 petang.

“Seramai 33 anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai dan BBP Bukit Jalil telah dikerahkan untuk ke lokasi.

“Setibanya di lokasi kejadian, kami mendapat maklumat dari pemanggil yang ternampak seorang mangsa telah lemas di dalam sungai tersebut.

“Kerja pencarian bermula dari Sungai Klang berhampiran Stesen Monorel Tun Sambanthan sehingga Sungai Klang Batu 6¹/² masih dilakukan,” katanya dalam kenyataan.

Jelasnya, jantina mangsa terbabit masih belum dikenal pasti. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI