fbpx

PRU15: Tengku Zafrul tidak berhasrat jadi PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Zafrul (dua dari kanan) ketika melawat BSN Cawangan Kuala Selangor, hari ini.

KUALA SELANGOR – Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz tidak berhasrat menjadi Perdana Menteri sebaliknya mahu fokus berkhidmat untuk rakyat di daerah ini.

Calon Barisan Nasional (BN) itu berkata, tumpuan utamanya kini hanya membantu rakyat dan menabur bakti kepada negara.

“Sebagai pemimpin yang baru menyertai politik, saya memberi tumpuan untuk memastikan kemenangan di Parlimen Kuala Selangor.

“Selain itu, saya semestinya meneruskan khidmat kepada rakyat dan negara biarpun tidak menjadi Perdana Menteri,” katanya ketika melawat Bank Simpanan Nasional (BSN) Cawangan Kuala Selangor, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kemungkinan bercita-cita menjadi Perdana Menteri selepas aktif menyertai politik dan menjadi calon BN.

Tambah Tengku Zafrul, soal sesiapa yang ditawarkan ntuk menjadi Perdana Menteri terpulang kepada individu tersebut.

“Saya sememangnya tidak pernah terfikir mengenai perkara berkenaan setakat ini,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau gembira dengan sambutan dan penerimaan positif pengundi sepanjang tempoh berkempen yang hanya berbaki tiga hari.

“Saya turun menemui pengundi di lebih 20 program dan kawasan setiap hari di Kuala Selangor.

“Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik dan yakin kemenangan akan berpihak kepada saya nanti,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI