fbpx

Tawaran kerajaan BN bela nasib rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ISMAIL SABRI sentiasa memfokuskan kepada rakyat dalam penyediaan Bajet 2023 yang dibentangkan sebelum ini.

PETALING JAYA – Barisan Nasional (BN) akan memastikan kejayaan ekonomi yang berterusan melalui kestabilan politik sekiranya diberi mandat untuk menerajui kerajaan Persekutuan dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Sabtu ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia selari dengan manifesto BN yang mahu memakmurkan negara dengan bertunjangkan kerancakan ekonomi.

Menurut Ismail, isu besar yang menimpa rakyat ketika ini berkaitan kos sara hidup perlu ditangani dan ia menjadi fokus kepada BN sekiranya dipilih untuk menjadi kerajaan.

“Kita telah mewujudkan Jawa­tankuasa Jihad Perangi Inflasi dan sebagainya tetapi akan ditambah baik kerana pa­ling penting bagi rakyat ialah isu harga barang yang perlu diberi perhatian.

“Walaupun kita tahu tahun depan jangkaan ketidaktentuan ekonomi agak tinggi, kita akan pastikan supaya dapat melepasi segala rintangan supaya ekonomi terus berkembang,” katanya dalam Bual Bicara Khas Kestabilan & Kemakmuran disiarkan beberapa stesen televisyen tempatan semalam.

Menurut Ismail Sabri, golo­ngan muda, wanita dan belia akan diberi fokus dengan menawarkan 600,000 peluang pekerjaan pada tahun depan berdasarkan kejayaan Program Jamin Kerja yang dilakukan sebelum ini.

Tambahnya, program Jamin Kerja telah mengurangkan pe­ngangguran sebanyak 3.6 peratus.

“Saya memerlukan Kabinet yang kuat merangkumi pelbagai bidang untuk memastikan perancangan ini berjalan dengan baik. Kestabilan politik ialah syarat untuk kemakmuran ekonomi,” katanya.

ISMAIL SABRI mahukan sokongan rakyat untuk mendapatkan kerajaan stabil sekali gus dapat memakmurkan ekonomi bagi menangani masalah kos sara hidup yang dihadapi ketika ini.

Ujar Ismail Sabri, dasar luar juga mesti diubah supaya kehadi­ran Malaysia dapat dirasai semula oleh negara-negara lain seperti satu ketika dahulu.

“Kebelakangan ini kita agak kurang menyerlah mungkin di­sebabkan oleh masalah Covid-19. Sebab itu kita mesti kembalikan keagungan lepas daripada segi peranan dengan dasar luar supaya dunia merasai kehadiran kita,” katanya.

Selain itu, menurut Ismail Sabri, BN akan memperkasakan semua agensi dan jabatan kerajaan yang selama ini menerima banyak rungutan mengenai ke­renah birokrasi yang melampau dalam jabatan kerajaan.

“Benda ini kadang kala menghindar kemasukan pelabur ­asing. Setiap kelulusan di sini perlu menunggu lama berbanding negara lain. Kerenah ini perlu diberi fokus,” katanya.

Menurut Ismail Sabri, Ranca­ngan Malaysia ke-12 turut memperjuangkan bagi membasmi kemiskinan dan ia bukan sesuatu yang klise.

“Sebab itulah saya akan fokus kepada pembangunan Sabah dan Sarawak.

“Layanan terhadap Sabah dan Sarawak adalah sama sahaja seperti di Semenanjung. Malah, daripada segi tumpuan kepada pembangunan infra dan sebagainya akan kita utamakan dan memberikan kelebihan kepada mereka,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI