fbpx

Estee Lauder beli jenama Tom Ford AS$2.3 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail Mei lalu menunjukkan Tom Ford menghadiri majlis fesyen di Bandar Raya New York. -AFP

NEW YORK – Jenama kecantikan mewah, Estee Lauder menyatakan dalam satu kenyataan kelmarin bahawa ia bersetuju membeli syarikat pereka fesyen Tom Ford’s pada harga AS$2.3 bilion (RM10.44 bilion). 

Urusniaga itu yang menganggarkan nilai perniagaan Ford’s berjumlah AS$2.8 bilion (RM12.72 bilion)

“Membawa masuk jenama berkenaan di bawah ‘bimbingan’ Syarikat-Syarikat Estee Lauder (ELC), akan membolehkan kesinambungan dan evolusi seterusnya untuk  Tom Ford sebagai antara jenama mewah global yang unggul dalam abad ke 21,” kata ELC dalam satu kenyataan. 

Perjanjian pengambilalihan itu termasuk koleksi kosmetik Tom Ford Beauty dan wangian yang mana Estee Lauder telah menandatangani persetujuan perlesenan sehingga 2030.

“Pengambilalihan strategik ini akan membuka peluang baharu dan memperkukuhkan pelan pertumbuhan untuk Tom Ford Beauty,” kata ketua Syarikat-Syarikat Estee Lauder, Fabrizio Freda dalam satu kenyataan.

Perjanjian itu termasuk pemilikan lesen untuk jenama fesyen lelaki dan wanita Tom Ford di samping kaca mata, aksesori dan pakaian dalam.

Ford yang melancarkan jenamanya dalam tahun 2005, merupakan ketua Majlis Pereka Fesyen Amerika.

Beliau melancarkan syarikat produksi filem Fade to Black pada 2005 dan sebelum itu bekerja sebagai pengarah kreatif jenama Gucci dan Yves Saint Laurent  dalam tahun 1990-an serta 2000-an. – AFP              

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI