fbpx

Perbicaraan ditangguh, Bung dan Zizie masih di Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Timbalan Pendakwa Raya SPRM Abdul Rashid Sulaiman ketika ditemui selepas pengurusan kes Bung dan Zizie di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Perbicaraan kes rasuah membabitkan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya, Datin Seri Zizie Izette A.Samad sepatutnya berjalan hari ini dan esok ditangguhkan apabila kedua-duanya masih berada di Sabah.

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Abdul Rashid Sulaiman selepas pengurusan kes perbicaraan itu dalam kamar Hakim Rozina Ayob.

“Sepatutnya tarikh perbicaraan telah ditetapkan hari ini dan esok (12 dan 13 Oktober) namun ditetapkan pengurusan kes berikutan kedua-dua tertuduh masih berada di Sabah.

“Justeru mahkamah menetapkan 21 hingga 24 Disember ini bagi sambung perbicaraan dan akan berjalan seperti biasa,” katanya.

Dalam prosiding itu turut hadir peguam A.Ashok, Teh See Khoon, Arwinder Kaur dan Ridha Abdah Subri.

Sementara itu Ridha Abdah yang mewakili Bung ketika ditemui mengesahkan tarikh-tarikh yang telah ditetapkan.

Ketika ditanya bagaimana beliau berhubung dengan anak guamnya sepanjang Timbalan Ketua Menteri Sabah itu berada di Sabah, Ridha Abdah berkata komunikasi dibuat melalui sidang video.

Bung dan Zizie kini masih berada di Sabah kerana negeri itu terlibat dengan perlaksaan Perintah Pergerakan Bersyarat (PKPB) berikutan pernularan virus Covid-19.

Pada 3 Mei tahun lalu, Bung mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menerima rasuah sejumlah RM2.2 juta dan RM262,500 sebagai dorongan mendapatkan kelulusan Felcra untuk membuat pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.

Bung yang merupakan Pengerusi Bukan Eksekutif pada ketika itu, dituduh menerima rasuah daripada ejen pelaburan Public Mutual Madhi Abdul Hamid, 38, menerusi isterinya Zizie.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Public Bank cawangan Taman Melawati, Jalan Bandar 12, Taman Melawati di sini antara pukul 12.30 tengah hari dan 5 petang pada 12 Jun 2015.

Beliau juga mengaku tidak bersalah menerima suapan wang tunai untuk dirinya sebanyak RM335,500 daripada seorang lagi ejen pelaburan Public Mutual Norlaili Ahmad Mokhtar, 42, di bawah nama Zizie atas sebab yang sama.

Kesalahan tersebut didakwa dilakukan di tempat yang sama pada 19 Jun 2015.

Zizie juga mengaku tidak bersalah atas tiga kesalahan bersubahat dengan suaminya berhubung perkara yang sama, di tempat, tarikh dan masa yang sama. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI