fbpx

NASA lancar roket tinggi 32 tingkat bawa kapal angkasa ke Bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROKET SLS membawa kapal angkasa Orion dilancarkan dari Pusat Angkasa Kennedy di Cape Canaveral, Florida hari ini. - AFP

MIAMI, Florida – Roket paling berkuasa pernah dibina oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) berlepas dalam perjalanan ke Bulan hari ini.

Roket setinggi bangunan 32 tingkat dinamakan Sistem Pelancaran Angkasa Lepas (SLS) itu dilancarkan dari Pusat Angkasa Kennedy di Florida pukul 1.47 pagi (waktu tempatan). SLS mengeluarkan daya tujahan berukuran 8.8 juta pound (39 meganewton).

“Apa yang anda lalukan hari ini akan memberikan inspirasi kepada generasi-generasi akan datang, terimakasih!,” kata pengarah pelancaran wanita pertama NASA,  Charlie Blackwell-Thompson yang disusuli sorakan kakitangannya.

Kapal angkasa Orion ditempatkan di puncak SLS. Ia akan mengorbit jiran paling dekat dengan Bumi itu. Amerika Syarikat (AS) merancang untuk menghantar angkasawan wanita atau angkasawan bukan kulit putih pertama ke Bulan pada pertengahan tahun 2020-an.

Kali terakhir AS menghantar angkasawan ke Bulan adalah semasa era Apollo, dari tahun 1969 hingga 1972.

Kali ini, AS berharap untuk menempatkan manusia di Bulan termasuk sebuah stesen angkasa bagi membantu persiapan misi menghantar manusia ke Planet Marikh dalam tahun 2030-an.

Kira-kira 100,000 orang berkumpul di sepanjang pantai untuk melihat acara bersejarah itu hari ini.

Kapal angkasa Orion tidak akan mendarat di Bulan. Orion sebaliknya akan meneroka  64,000 kilometer pada sisi jauh Bulan sekali gus lebih jauh daripada penerokaan kapal angkasa lain yang berupaya membawa manusia.

Walaupun tidak membawa manusia, kapal angkasa itu dinaiki oleh tiga buah patung lengkap dengan sensor bagi mengumpulkan data untuk kru akan datang.

Misi itu akan berlangsung selama 25 hari setengah dengan Orion dijangka jatuh di Lautan Pasifik pada11 Disember ini. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI