fbpx

325 orang bersihkan kasut serentak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PESERTA ditugaskan membersihkan sepasang kasut secara serentak. - Crep Protect

LONDON – Sebuah syarikat penjagaan kasut memecahkan Guinness World Records di London apabila mengumpulkan 325 orang untuk membersihkan ka­sut pada waktu yang sama, lapor agensi berita United Press International semalam.

Syarikat pengkhususan jualan produk penjagaan kasut, Crep Protect mengumpulkan 325 peserta yang ditugaskan untuk membersihkan kasut secara se­rentak.

Acara itu berlangsung Ahad lalu di Boxpark Wembley, London. Kumpulan itu bergabung untuk membersihkan kasut menggunakan produk Crep Protect. 

Kasut yang dibersihkan disumbangkan kepada sebuah badan amal, ShoeAid UK yang bertujuan untuk mengurangkan ketidakmampuan dan pembaziran kasut dengan menyediakannya kepada mereka yang memerlukan.

Crep Protect berjaya meme­cah rekod dunia dalam kategori individu berkumpulan paling ramai membersihkan sepasang kasut secara serentak.

Acara itu disaksikan oleh pengadil Guinness World Records, Andrew Fanning yang menye­rahkan sijil kepada syarikat itu di penghujung percubaan.

“Saya amat berbangga kerana dijemput mengadili percubaan memecahkan Guinness World Records kali ini,” katanya. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI