fbpx

Piala Dunia: Switzerland harapkan sepakan penalti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SOMMER (tengah) masih belum cergas seratus peratus sejak mengalami kecederaan buku lali ketika mewakili Gladbach tiga minggu lalu. – AFP

SWITZERLAND mencipta kelainan apabila membawa empat penjaga gol ketika majoriti pasukan hanya menyenaraikan tiga pemain di posisi itu bagi menghadapi Piala Dunia Qatar 2022 bermula Isnin ini.

Pengendalinya, Murat ­Yakin membawa penjaga gawang Borussia Monchenglad­bach, Yann Sommer, Jons Omlin (Montpellier), Philipp Kohn (RB Salzburg) dan Gregor Kobel (Borussia Dortmund).

Situasi itu seperti menggambarkan Switzerland bersedia untuk menghadapi penentuan sepakan penalti apabila beraksi di peringkat kalah mati nanti.

Faktor lain adalah disebabkan kebimbangan terhadap tahap kecergasan Sommer yang baru pulih daripada kecederaan buku lali yang dialami ketika mewakili Gladbach tiga minggu lalu.

“Saya berdepan dilema kerana ramai pemain terbaik di satu posisi yang sama. Setiap daripada mereka memberikan prestasi terbaik sejak kebelakangan ini.

“Akhirnya saya terpaksa memilih 26 pemain sahaja. Saya yakin pemain-pemain terpilih ini mampu memastikan sasaran kami tercapai di pentas Piala Dunia nanti,” kata Yakin.

Ia bukanlah kejutan besar ke­rana Switzerland pernah membawa empat penjaga gol ketika di bawah bimbingan bekas jurulatih, Vladimir Petkovic pada Kejohanan EURO 2020.

Ketika itu, Sommer cemerlang membantu Switzerland menewaskan Perancis menerusi penentuan sepakan penalti pada pusingan 16 sebelum tewas kepada Sepa­nyol dalam aksi suku akhir.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI